Apa Kata Imam Asy Syahid Tentang Salaf VS Khalaf

asslamualaikum wbt salam sejahtera kepada anokcucu sekelian, pada hari ini tokayoh ingin berkongsi maklumat dan pendapat anokcucu sekelian setelah tokayoh menbaca satu maklumat yang mencuit hati tokayoh dengan mengatakan bab permasalahan salaf dan khalaf .

Kebanyakan pada hari ini orang tidak megerti apa itu salaf ? dan apa itu khalaf ? adakah manhaj yang dibawa berbeda atau sama maksud yang dibawanya ataupun kedua2 nya tidak sama maksud.Dalam permasalahan ini tokayoh merasakan banyak ulamak2 telah menghuraikan hal2 permasalahan salaf dan khalaf cuma anokcucu sahaja tidak mengambil berat untuk mengetahuinya.

Ada yang mengatakan perbincangan ini tidak menbawa kesudahan ,ada mengatakan perbincangan ini menbawa sia2 sahaja malah tidak menambah ilmu ,dan banyak mengatakan permasalahan ini menbawa perbalahan satu sama lain.

Pada hari ini atau saat ini cuba kita buka fikiran kita sedalam2 dan tenung2 kan apa yang hendak tokayoh perbincangkan hal permasalahan ini Firman ALLAH S.B.T yang bermaksud :

“Maka manakah di antara dua golongan itu yang lebih berhak untuk mendapat keamanan (dari malapetaka) jika kamu mengetahui? Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur-adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik). Mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk . (Al An ‘aam: 8l-82) .

Sudut2 pengetahuan amat banyak tetapi yang paling tinggi ialah aqidah Islam. Sudut2 aqidah juga banyak tetapi yang paling tinggi ialah mentauhidkan Allah. Iman yang benar dan Tauhid yang hak menjadikan, seseorang itu mendapat ketenangan, kemuliaan, keamanan dan kerehatan. Sebaliknya tanpa iman beliau menjadi resah dan tiada pegangan. Allah berfirman:

“Maka ketahuilah bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan Allah.” (Muhammad: 19).

Kewajipan Muslim terhadap aqidah yang tertinggi ini merangkumi tiga perkara:

  • Makrifah dengan yakin, bukannya lintasan fikiran.
  • Tauhid yang benar tanpa ragu-ragu kepadanya.
  • Iktikad kesempurnaan Allah dari sebarang kekurangan.

“Katakanlah: Dialah ALLAH Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan dan tiada seorang pun yang setara dengannya.” (Al lkhlas: 1-4)
“Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat”.(As Syura: 11)

Oleh kerana ruangan ni tidak mengizinkan keterangan secara terperinci, maka tokayoh nyatakan secara ringkas.

  • Apakah yang menghidupkan umat Islam setelah mati?
  • Apakah yang membangunkan mereka setelah tidur?
  • Apakah yang menyemarakkan mereka setelah padam?
  • Apakah yang memberikan mereka kekuatan setelah dihina?
  • Apakah yang menjadikan mereka pemimpin umat-umat setelah mereka adalah gembala2 kambing?.

Itulah iman dengan Allah yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya.Pendirian Terhadap Sifat-sifat Allah SWT:

Setiap Muslim wajib menthabitkan semua sifat-sifat kesempurnaan bagi Tuhannya dan menyucikan-Nya dari sebarang kekurangan.

Di sana terdapat sifat-sifat yang di sekitarnya timbul pertikaian pendapat yang lama, rnemecahkan hati-hati, memporak-perandakan saf-saf dan menyia-nyiakan waktu iaitu sifat-sifat yang terdapat perbahasan di kalangan salaf dan khalaf seperti: Mata, tangan, jari-jari, turun dan seumpamanya. sebagaimana yang terdapat dalam ayat-ayat dan hadis-hadith2 sifat.

Umat Islam telah membuat beberapa pendirian terhadapnya sejak dahulu hingga sekarang. Al-Imam Asy-Syahid pada zamannya melihat pendirian-pendirian ini yang menimbulkan belas kasihan. Perkara tadi telah melampaui batas dan menimbulkan perbahasan yang panjang.

Para pembahas membuat ketetapan, setengahnya kadang-kadang mengkafirkan setengah yang lain. Yang peliknya, para pembahas tadi tidak ada pada mereka melainkan:

  • Taksub dan melampaui batas kesucian.
  • Alangkah baiknya kalau perbahasan ini ditentukan oleh ahli ilmu, namun ia meluaskan

perbahasan untuk menyibukkan orang yang mampu mencapai dan yang tidak mampu mencapainya.

  • Alangkah baiknya kalau perbahasan ini diadakan selepas selesai dari membahaskan perkara-perkara utama yang disepakati bersama.

Iman Tanpa Takwil dan Ta’til:

Imam Asy Syahid telah membuat pendirian yang bijaksana.

  • Beriman dengannya tanpa takwil dan ta’til.
  • Menjauhkan diri dari menyebut perselisihan ulama’ padanya.

Beriman dengan sifat-sifat tanpa takwil dan ta’til adalah mazhab salaf yang lebih arif,

bijaksana dan lebih selamat.

  • Tanpa takwil maksudnya tanpa memalingkan maknanya yang rajih lagi hampir kepada yang marjuh lagi jauh tanpa kaitan yang mewajibkannya. Maka maknanya yang dekat sudah maklum dalam fikiran.

Mazhab salaf memegang makna ini mengikut makna yang layak dengan kebesaran Allah dan tidak memberatkan diri dengan makna-makna yang jauh dan sampingan tanpa keperluan.

Ta’til pula bermakna menafikan madlul-madlul (maksud-maksud yang didalilkan) lafaz yang menyifatkan Allah secara mutlak. Di sisi orang yang memegang ta’til Allah SWT tidak bercakap, tidak mendengar, tidak melihat dan seumpamanya

Menahan Diri Dari Pertelingkahan Ulama’

Para ulama’ telah berselisih pendapat secara panjang lebar sejak zaman dahulu hingga sekarang tentang masalah sifat-sifat ini. Perselisihan ini memberi kesan kepada kesatuan muslimin dan keadaan mereka amat menyedihkan. Al-Imam Asy-Syahid datang untuk menenangkan ketegangan ini kerana beliau mendapati bahawa perbahasan mengenainya menuju jalan buntu dan tidak benar. Beliau telah meminta agar tidak mendekati khilaf ulama’ silam dalam halini dan meminta agar cukuplah mengetahuinya secara ringkas (ijmal).

Ini bukanlah bermakna lari atau menyembunyikan perkara yang wajib dijelaskan. Bahkan itulah kebijaksanaan, kerana pada setiap ‘maqam ada maqal’ dan manusia berbeza-beza dalam pemahaman dan penerimaan mereka. Manusia juga tidak boleh hidup seorang diri dan bercakap dengan diri sendiri.

Al-Imam Asy-Syahid dapat mengesan perkara ini dan mahu menyatukan hati-hati umat yang tidak mungkin dapat bersatu melainkan berpegang dengan ijmal yang tsabit dengan nas dan ijmak serta meninggalkan huraian yang dipertikaikan. Apa yang dilakukan oleh Al-Imam Asy-Syahid adalah manhaj dan tarjih ulama’ Islam yang terkemuka dalam hal ini.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata:

“Umat tidak berselisih dan berpecah jika pertikaian itu boleh diputuskan dengan ilmu dan keadilan. Jika tidak, maka dengan berpegang kepad ijmal yang tsabit dengan nas dan ijmak. Wajib menyuruh orang awam berpegang dengan ijmal yang tsabit dengan nas dan ijmak serta mencegah mereka dari hanyut dalam huraian (tafsil) yang mencetuskan perpecahan dan perselisihan. Sesungguhnya perpecahan dan perselisihan adalah di antara sebesar-besar perkara yang dilarang oleh Allah SWT dan RasulNya.

Syeikhul Islam mempunyai kalam (huraian) yang bernilai di dalam hal ini, kalaulah tidak kerana takutkan meleret-leret, nescaya tokayoh sebutkan kalamnya.

Alangkah bijaksana dan arifnya Al-Imam Asy-Syahid ketika beliau meminta agar menahan diri dari pertelingkahan tadi dan meminta agar berpada dengan ijmal yang tsabit dengan nas dan ijmak berdasarkan firman Allah:

“Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: Kami beriman dengan ayat-ayat yang mutasyabihat, semuanya itu di sisi Tuhan kami”. (Ali Imran: 7)

Dalam Risalah ‘Aqaid karangan Al-Imam terdapat keterangan yang sempurna lagi ringkas kepada usul ini. Selepas menyebut sebahagian ayat dan hadith yang menunjukkan kepada sifat, beliau berkata:

Dalam masalah ini, manusia terbahagi kepada 4 golongan:

Satu golongan mengambilnya secara zahir sahaja, maka mereka pun menyifatkan Allah dengan wajah seperti wajah-wajah makhluk, tangan atau tangan-tangan seperti tangan mereka, ketawa seumpama ketawa mereka dan begitulah seterusnya hingga mereka menyangka Tuhan seperti orang tua. Sesetengahnya pula menyangka bahawa Allah itu seperti pemuda. Mereka adalah golongan Mujassamah dan Musyabbahah yang tidak ada kena mengena sedikit pun dengan Islam. Kata-kata mereka tidak benar langsung. Memadailah kita menjawab tuduhan mereka dengan firman Allah yang bermaksud:

“Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat” (Asy-Syura: 11)

“Katakanlah: Dialah Tuhan Yang Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung padaNya segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada seorang pun yang setara denganNya.” (Al-Ikhlas: 1-4)

2. Satu golongan pula menolak makna lafaz-lafaz itu dalam sebarang bentuk iaitu dengan menafikan segala madlulnya terhadap Allah SWT. Di sisi mereka, Allah tidak bercakap, tidak mendengar dan tidak melihat. Ini adalah kerana semua itu tidak boleh berlaku melainkan dengan menggunakan anggota, sedangkan anggota wajib dinafikan dari Allah SWT. Oleh sebab itulah mereka menafikan sifat-sifat Allah SWT dan berpura-pura mensucikanNya. Mereka ialah golongan Muatthilah dan sebahagian ulama’ sejarah ‘Aqaid Islamiyyah menggelar mereka Al-Jahmiyyah.

Tokayoh rasakan tiada seorang yang beraqal pun terpengaruh dengan kata-kata remeh ini, kerana sudah dibuktikan bahawa sebahagian makhluk dapat bercakap, mendengar dan melihat tanpa anggota (pancaindera). Jadi bagaimana boleh dikatakan bahawa Allah SWT kalau bercakap mestilah menggunakan anggota? Maha Suci Allah dari semua itu. Inilah dua pendapat batil yang tidak layak diperhatikan. Tinggal lagi dua pendapat di hadapan kita yang berada di dalam perhatian ulama’ ‘Aqaid iaitu pendapat salaf dan pendapat khalaf.

Insyallah dikala masa hadapan diizinkanya tokayoh ingin menghuraikan pendapat2 salaf dan khalaf berkaitan tentang dalil dan hadith2 nya wallahuallam.

~ by t0kayoh on April 17, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: