MAULIDURRASUL DataNg LG Apkah DIboleh Kan Untuk Kita Menyambut ??

Assalamualaikum WBT Segala puja dan puji bagi Allah Tuhan yang mengutus Nabi Muhammad untuk rahmat seluruh alam, Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi yang terakhir Muhammad s.a.w. dan ke atas keluarganya serta para sahabatnya.

Pada Malam Ini apa yang hendak diperkatakan oleh tokayoh adalah berkaitan maulidurrasul iaitu secara umum nya yang di pangil oleh anok cucu sekelian pada masa kini iaitu hari jadi nabi kita Muhammad s.a.w . Jadi apa dia yang di sebut maulid tuh ???

Dari segi bahasanya Maulid tu adalah asal dari perkataan wulida iaitu telah lahir pada hari dan tarikh tertentu Dan Rasul itu adalah pesuruh allah yang terakhir terdiri daripada 25 rasul .Jadi dengan perkataan itu datang dengan kata  Maulidurrasul yakni terdapat alif dan lam jika kita ceraikan di antara maulid dan rasul itu dan alif dan lam itu menbawa maksuk alif lam makrifah iaitu makruf atau terkenal siapa nabi kita pada masa kini iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Kebanyakkan pada zaman yang beralaf moden ini anokcucu semakin tidak mengetahui bilanya maulid nabi kita itu disebabkan pengaruh-pengaruh kemodenan yang terjebak keatas anakcucu sekelian.Biasa kebanyakkanya disebabkan pengaruh media masa , media eletronik,kurangnya pendidikan agama,akademi-akdemi populariti yang semakin meluas dan lain-lain.

Pada Zaman ini juga kebanyankannya di kampung-kampung yang disalah ertikan dengan menyambut maulidurrasul adalah salah satu untuk menperingati hari lahir nabi kita dan dengan cara ini lah sahaja untuk menperingatinya dan dijadikan adab budaya kita pada masa kini.Budaya ini juga boleh dikatakan adab turun menurun oleh nenek moyang kita lagi yang dibuat-buat sebenarnya untuk merasakan amal kebajikanya dan cintanya kepada nabi kita Muhammad s.a.w.

Bercakap pasal mualidurrasul ini tokayoh berasa terkilan sekali dengan situasi yang berlaku dikampung baik dibandar atau dimana-mana yang tidak faham permasalahan menyanbut maulidirrasul itu dan apakah kesanya kita sebagai muslim jika menyambutnya???

Disini Tokayoh ingin bercakap secara meluas dan ilmiyah kepada anokcucu sekelian ,kita lihat kepada dalil yang nyata  sama ada al-quran dan as-sunnah mahupun qias berkenaan dengan amalan menyambut maulidurrasul tidak ada seorang pun di kalangan ulamak ahli sunnah wal jamaah yang dahulu (salaf), bermula dengan para sahabat Rasulullah s.a.w., kemudian diikuti oleh para ulamak di kalangan tabien yang mengadakan sambutan maulidurrasul. Para imam mazhab empat, Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam As-Syafie dan Imam Ahmad bin Hanbal tidak pernah mengadakan sambutan maulidurrasul. Demikianlah juga keadaannya, para imam hadis yang terkenal seperti Bukhari, Muslim, Tarmizi, Ibnu Majah, Abu Daud, Nasai dan lain-lain tidak pernah kedengaran mereka ini telah mengadakan sambutan maulidurrasul sebagaimana yang diadakan sekarang.

Ulamak dan para Imam yang tersebut di atas adalah sudah diterima dan disepakati oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia sebagai muktabar dan pandangan serta mazhab mereka menjadi rujukan dan diamal oleh umat Islam sehingga kini.

Disini terdapat hujah-hujah dan dalil yang dikermukakan serta jawapanya :

HUJAH PERTAMA:

Firman Allah yang bermaksud: “Maka mereka yang beriman dengannya (Muhammad), membesarkannya dan membantunya dan mengikut cahaya (al-Quran) yang diturunkan bersamanya. Mereka itulah yang mendapat kejayaan.” (Surah al-A’raf, Ayat:157)


JAWAPAN:

Kalimah ‘membesarkan Nabi’ dalam ayat ini tidak ada kaitan dengan sambutan maulid yang diadakan. Tidak pernah didapati di dalam mana-mana kitab tafsir yang menghubungkan ayat ini dengan maulidurrasul kerana tidak ada seorang pun ulamak salaf dan para mufassir yang muktabar mentafsirkan ayat ini dengan mengadakan maulid.


HUJAH KEDUA:

Firman Allah Taala yang bermaksud: “Sesiapa yang membesarkan tanda-tanda Allah, maka membesarkan itu ialah setengah daripada menjunjung perintahNya dan menjauhi laranganNya.” (al-Haj : 32)


JAWAPAN:

Di dalam Tafsir Pimpinan ar-Rahman Kepada Pengertian al-Quran yang ditulis oleh Shaikh Abdullah bin Muhammad Basmih, cetakan keenam 1983, terjemahannya adalah seperti berikut:


“Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama Allah, maka (dialah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin.”

Maksud “syiar-syiar agama Allah” ini dijelaskan di dalam nota kaki (hasyiah) yang terdapat di dalam Tafsir Pimpinan ar-Rahman itu seperti berikut:


Syiar artinya: Lambang. Syiar agama Allah atau Syiar Islam ialah: Amal ibadat yang zahir dan benda-benda yang berhubung dengan ugama, yang melambangkan ugama Allah. Misalnya di dalam ibadat haji ialah tawaf, saie, berwuquf di Arafah dan sebagainya. Demikian juga binatang ternakan yang dijadikan qurban atau yang dijadikan hadyah kepada faqir miskin yang ada di Mekah.


Di dalam huraian yang dibawa oleh penulis tafsir tersebut, syiar Agama Allah tidak dimaksudkan dengan mengadakan maulid, bahkan dimaksudkan dengan amalan ibadat haji itu sendiri iaitu Tawaf, Saie dan Wuquf. Untuk keterangan lebih lanjut sila rujuk tafsir al-Azhar yang dikarang oleh Prof. Dr. Hamka (buku ini boleh dibaca oleh semua orang samada yang berkemampuan dalam bahasa Arab atau tidak). Bagi yang berkemampuan dalam bahasa Arab, masih banyak lagi buku-buku tafsir yang boleh dirujuk contohnya, Tafsir Ibnu Kasir, Qurtubi, al-Munir, al-Asas fi at-Tafsir tulisan Said Hawa dan lain-lain. Boleh dipastikan kesemuanya tidak menafsirkan “syiar-syiar agama Allah” ini dengan mengadakan maulidurrasul.’


HUJAH KETIGA :

Meriwayat Imam Bukhari dalam Sohihnya, begitu juga Imam Ismail dan Abdul Razak :

“Bahawa diringankan azab Abi Lahab pada hari Isnin kerana memerdekakan Thuaibah iaitu hamba yang menceritakan khabar gembira tentang kelahiran Nabi s.a.w.”


JAWAPAN:

Dakwaan bahawa hadis ini terdapat dalam Sohih Bukhari itu adalah palsu semata-mata dan merupakan satu fitnah terhadap Imam Bukhari. Ianya juga tidak terdapat di dalam riwayat Ismaieli dan Abdul Razak. Cuma Suhaifi ada mengemukakan cerita ini tanpa menyebut sanad. Sila lihat Umdatul Qari, karangan Badruddin Aini, juz. 20, halaman 95. Fathulbari, karangan al-Hafiz Ibnu Hajar Asqalani, juzu’ 19, halaman 174 – 175. Serta Raudhul Unuf, karangan as-Suhaili, juzu’ 5, halaman 191.


Apa yang terdapat di dalam Sahih Bukhari hanyalah kata-kata ‘Urwah berkenaan dengan Thuaibah pernah menyusukan Nabi s.a.w. setelah dimerdekakan oleh Abu Lahab. Di sana ada satu riwayat lain yang mengatakan Thuaibah tidak dimerdekakan pada hari kelahiran Nabi s.a.w. bahkan ianya dimerdekakan selepas hijrah Nabi s.a.w. (Ibid, juzu’ 5, halaman 191). Dan juga tidak terdapat kata-kata “Diringankan azab Abu Lahab pada hari Isnin kerana memerdekakan Thuaibah” di dalam kata-kata ‘Urwah itu. Untuk keterangan lanjut, sila lihat Sahih Bukhari, Kitabun Nikah, Bab Wa Ummahatukumullati Ardha’nakum.


Patut dijelaskan juga bahawa tidak ada seorang pun dari kalangan pensyarah hadis ketika menghuraikan kata-kata ‘Urwah ini membuat kesimpulan dengan menyambut maulidurrasul, seseorang muslim akan diringankan azabnya di dalam neraka sebagaimana yang berlaku terhadap Abu Lahab. Jika timbul pandangan yang menyatakan kelebihan maulidurrasul berasaskan kata-kata ‘Urwah itu maka jelaslah ianya tidak berpandukan pendapat ulamak muktabar.

Berdasarkan kenyataan di atas juga kita akan mendapati maklumat berikut:

Kata-       kata- kata tersebut adalah semata-mata kata-kata ‘Urwah. Bukannya hadis Nabi. Lebih-lebih lagi ‘Urwah meriwayatkannya secara mursal. Beliau tidak menceritakan daripada siapa beliau mengambil kata-kata ini. Riwayat yang mursal tidak boleh dijadikan hujjah syari’yy

Peristiwa diringankan azab Abu Lahab pada hari Isnin ini hanya mimpi Abbas sewaktu belum memeluk Islam. Kenyataan ini juga tidak terdapat dalam Sahih Bukhari. Ulamak sudah sepakat (ijma’) bahawa selain daripada mimpi para Nabi, mimpi seseorang apalagi seorang kafir tidak boleh dijadikan hujjah syar’iyyah, biar setinggi mana keimanan keilmuan dan ketaqwaannya. Ulamak salaf dan khalaf juga berpendapat orang kafir tidak diberi pahala di atas amalan baik yang dikerjakannya apabila mati di dalam kekufurannya itu. Ini berdasarkan kepada firman Allah Taala yang bermaksud:” Dan kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan lalu kami jadikan amal itu bagaikan debu yang berterbangan.” (al-Furqaan, ayat: 23)

HUJAH KEEMPAT :

Diriwayatkan daripada Qatadah al-Ansori, Bahawasanya Nabi ditanya tentang berpuasa hari Isnin, berkata Nabi s.a.w: “Itulah hari yang dilahirkan aku padanya dan diturunkan kenabian ke atasku.”


JAWAPAN:

Hadis ini langsung tidak membicarakan tentang terdapatnya sebarang kelebihan mengadakan ‘Maulid’ bahkan ianya berkaitan dengan berpuasa sunat hari Isnin. Amalan inilah yang sepatutnya dianjur dan diwar-warkan di kalangan umat Islam kerana sudah jelas nas dan dalil tentang kelebihannya. Sebaliknya realiti hari ini menunjukkan masyarakat lebih cenderung menjadi pak turut ketika melaksanakan amalan agama dan bukannya berusaha mengkaji serta menyelidik agar ianya menepati sunnah Rasul s.a.w.


HUJAH KELIMA :

Orang yang pertama merayakan maulid adalah sultan yang dikatakan seorang raja yang adil, warak, zuhud dan alim – Sultan Ibnu Malik al-Muzaffar – sehinggakan ulamak-ulamak yang muktabar didakwa telah menghadiri majlis maulidnya. Malah ulamak besar Syeikh Abu Khattab Ibnu Dihyah telah mengarang kitab Al-Tanwir yang membicarakan amalan maulid.

JAWAPAN:

Raja ini (wafat 630 H) bukanlah seperti yang didakwa itu bahkan dia seorang yang pemboros, pembazir harta rakyat dan zalim. Dialah raja yang pertama mengada-adakan (bid’ah) perayaan maulid nabi sehingga terbantut segala kegiatan ekonomi masyarakat, kerana perayaan ini dilakukan secara besar-besaran bermula dari bulan Safar lagi. Sambutan ini disertakan dengan nyanyian, permainan, dan berbagai-bagai bentuk hiburan. Lihat Mu’jamul Buldan jilid 1 ms 87 karangan Yaaqut al-Hamawi, Al-Qaulul Muktamad karangan Imam Ahmad b Muhammad Misri al-Maliki, Wafayatul A’yan karangan Ibnu Khallikan dan Duwalul Islam karangan Imam Zahabi.

Ada diberitakan bahawa Imam Suyuti pernah memuji raja tersebut. Namun begitu adalah perlu dijelaskan bahawa Imam Suyuti bukannya hidup di zaman Sultan Ibnu Malik al-Muzaffar. Kalau Suyuti memuji raja ini bagaimana pula dengan ulamak-ulamak lain terutamanya Yaqut yang hidup sezaman dengan Raja Muzaffar itu sendiri. Siapakah agaknya lebih tahu tentang raja itu; Yaqut atau Suyuti?


Berkenaan Syeikh Abu Khattab Ibnu Dihyah pula, Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani menulis di dalam Lisanul Mizan jilid 4 ms 296 bahawa: “Dia seorang yang suka memburuk-burukkan imam-imam dan ulamak-ulamak salaf (bermulut hodoh), dungu, sangat sombong, dangkal dan alpa dalam hal-hal agama.” Hafiz Ibnu Hajar menulis lagi tentangnya; Ibnu Najjar berkata: “Saya melihat ulamak bersepakat tentang dusta dan kelemahannya.” (Ibid ms 295)

Adalah amat tidak tepat untuk mengatakan Syeikh Abu Khattab Ibnu Dihyah seorang ulamak yang besar. Kenyataan ulamak-ulamak di atas membuktikan bahawa beliau langsung tidak layak dibuat panduan dan pedoman dalam membicarakan masalah maulid ini. Bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan ulamak seperti inilah yang sentiasa bersedia menjadi pengampu dan pembodek raja yang zalim!


HUJAH KEENAM:

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah:  Bersabda Rasulullah: “Tidak berhimpun satu perhimpunan pada satu majlis di dalam masjid daripada masjid-masjid Allah, lalu mereka membaca al-Quran dan bertadarus sesama mereka, melainkan turun ke atas mereka ketenangan yang diselubungi rahmat Allah serta dilingkungi para malaikat di sisinya.” (Sohih Muslim).


JAWAPAN :

Hadis ini tidak menyentuh atau membicarakan soal atau kelebihan Maulidurrasul, bahkan hadis ini menyentuh fadhilat membaca al-Quran. Ini telah disepakati bahawa ianya sabit dan tidak ada apa yang hendak dibantah lagi. Yang mahu dipersoalkan adalah perayaan menyambut maulidurrasul dan bukannya membaca al-Quran.


HUJAH KETUJUH :

Bersabda Nabi s.a.w: “Tidaklah berhimpun satu perhimpunan di dalam suatu majlis lalu mereka tidak berzikir mengingati Allah dan tidak berselawat ke atasku, melainkan kekurangan dan penyesalan ke atas mereka di hari Qiamat.”


JAWAPAN :

Hadis inipun tidak ada kena mengena dengan maulidurrasul, dan tidak ada kena mengena dengan berdiri sewaktu berselawat.


HUJAH KELAPAN :

Firman Allah Taala: “Kami ceritakan kepada engkau setiap perkhabaran daripada kisah-kisah Nabi yang menguatkan hati engkau dengannya dan datang kepada engkau dalam perkhabaran ini, kebenaran, pengajaran dan peringatan bagi orang yang beriman.” (Hud: 120).


JAWAPAN:

Apa yang ingin dipersoal dan dipertikaikan adalah membuat atau mengadakan sambutan maulidurrasul dan bukannya pengisian di dalam sambutan tersebut.


HUJAH KESEMBILAN :

Meriwayatkan Imam Ahmad dan Hakim daripada Suhaib, Nabi bersabda: “Seseorang yang terlebih baik di antara kamu ialah mereka yang menjamu makanan dan menjawab salam.” Berkata al-lraqi hadis ini sahih sanadnya. Meriwayat Tirmizi: “Bahawa sahabat-sahabat Nabi tidak bersurai mereka daripada majlis bertilawah al-Quran dan berzikir, melainkan selepas menikmati jamuan.”


JAWAPAN:

Hujah ini sebagaimana tiga hujah sebelumnya seolah-olah ingin menyatakan bahawa apalah salahnya merayakan maulidurrasul kerana maulid itu pengisiannya ialah selawat, berzanji, membaca rawi, berzikir, membaca al-Quran dan makan minum. Semua perbuatan tersebut adalah ibadah dan mendatangkan pahala. Jadi kenapakah sambutan yang pengisiannya sebaik ini dikatakan bidaah? Adakah membaca al-Quran, berzikir dan berselawat itu bidaah?

Hujah-hujah yang seumpama ini kelihatannya dikemukakan supaya fokus sebenar kepada permasalahan ini dilencongkan. Yang dipersoalkan adalah menyambut maulid itu sendiri; adakah ianya pernah dilakukan oleh sahabat, tabien dan para ulamak salafussoleh? Jawabnya tidak pernah.

mengetahui lebih lanjut sila layari :

Tahkik : http://darulkautsar.com

Pe




~ by t0kayoh on March 7, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: