Apa Kata Imam Asy Syahid Tentang Salaf VS Khalaf

•April 17, 2009 • Leave a Comment

asslamualaikum wbt salam sejahtera kepada anokcucu sekelian, pada hari ini tokayoh ingin berkongsi maklumat dan pendapat anokcucu sekelian setelah tokayoh menbaca satu maklumat yang mencuit hati tokayoh dengan mengatakan bab permasalahan salaf dan khalaf .

Kebanyakan pada hari ini orang tidak megerti apa itu salaf ? dan apa itu khalaf ? adakah manhaj yang dibawa berbeda atau sama maksud yang dibawanya ataupun kedua2 nya tidak sama maksud.Dalam permasalahan ini tokayoh merasakan banyak ulamak2 telah menghuraikan hal2 permasalahan salaf dan khalaf cuma anokcucu sahaja tidak mengambil berat untuk mengetahuinya.

Ada yang mengatakan perbincangan ini tidak menbawa kesudahan ,ada mengatakan perbincangan ini menbawa sia2 sahaja malah tidak menambah ilmu ,dan banyak mengatakan permasalahan ini menbawa perbalahan satu sama lain.

Pada hari ini atau saat ini cuba kita buka fikiran kita sedalam2 dan tenung2 kan apa yang hendak tokayoh perbincangkan hal permasalahan ini Firman ALLAH S.B.T yang bermaksud :

“Maka manakah di antara dua golongan itu yang lebih berhak untuk mendapat keamanan (dari malapetaka) jika kamu mengetahui? Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur-adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik). Mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk . (Al An ‘aam: 8l-82) .

Sudut2 pengetahuan amat banyak tetapi yang paling tinggi ialah aqidah Islam. Sudut2 aqidah juga banyak tetapi yang paling tinggi ialah mentauhidkan Allah. Iman yang benar dan Tauhid yang hak menjadikan, seseorang itu mendapat ketenangan, kemuliaan, keamanan dan kerehatan. Sebaliknya tanpa iman beliau menjadi resah dan tiada pegangan. Allah berfirman:

“Maka ketahuilah bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan Allah.” (Muhammad: 19).

Kewajipan Muslim terhadap aqidah yang tertinggi ini merangkumi tiga perkara:

  • Makrifah dengan yakin, bukannya lintasan fikiran.
  • Tauhid yang benar tanpa ragu-ragu kepadanya.
  • Iktikad kesempurnaan Allah dari sebarang kekurangan.

“Katakanlah: Dialah ALLAH Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan dan tiada seorang pun yang setara dengannya.” (Al lkhlas: 1-4)
“Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat”.(As Syura: 11)

Oleh kerana ruangan ni tidak mengizinkan keterangan secara terperinci, maka tokayoh nyatakan secara ringkas.

  • Apakah yang menghidupkan umat Islam setelah mati?
  • Apakah yang membangunkan mereka setelah tidur?
  • Apakah yang menyemarakkan mereka setelah padam?
  • Apakah yang memberikan mereka kekuatan setelah dihina?
  • Apakah yang menjadikan mereka pemimpin umat-umat setelah mereka adalah gembala2 kambing?.

Itulah iman dengan Allah yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya.Pendirian Terhadap Sifat-sifat Allah SWT:

Setiap Muslim wajib menthabitkan semua sifat-sifat kesempurnaan bagi Tuhannya dan menyucikan-Nya dari sebarang kekurangan.

Di sana terdapat sifat-sifat yang di sekitarnya timbul pertikaian pendapat yang lama, rnemecahkan hati-hati, memporak-perandakan saf-saf dan menyia-nyiakan waktu iaitu sifat-sifat yang terdapat perbahasan di kalangan salaf dan khalaf seperti: Mata, tangan, jari-jari, turun dan seumpamanya. sebagaimana yang terdapat dalam ayat-ayat dan hadis-hadith2 sifat.

Umat Islam telah membuat beberapa pendirian terhadapnya sejak dahulu hingga sekarang. Al-Imam Asy-Syahid pada zamannya melihat pendirian-pendirian ini yang menimbulkan belas kasihan. Perkara tadi telah melampaui batas dan menimbulkan perbahasan yang panjang.

Para pembahas membuat ketetapan, setengahnya kadang-kadang mengkafirkan setengah yang lain. Yang peliknya, para pembahas tadi tidak ada pada mereka melainkan:

  • Taksub dan melampaui batas kesucian.
  • Alangkah baiknya kalau perbahasan ini ditentukan oleh ahli ilmu, namun ia meluaskan

perbahasan untuk menyibukkan orang yang mampu mencapai dan yang tidak mampu mencapainya.

  • Alangkah baiknya kalau perbahasan ini diadakan selepas selesai dari membahaskan perkara-perkara utama yang disepakati bersama.

Iman Tanpa Takwil dan Ta’til:

Imam Asy Syahid telah membuat pendirian yang bijaksana.

  • Beriman dengannya tanpa takwil dan ta’til.
  • Menjauhkan diri dari menyebut perselisihan ulama’ padanya.

Beriman dengan sifat-sifat tanpa takwil dan ta’til adalah mazhab salaf yang lebih arif,

bijaksana dan lebih selamat.

  • Tanpa takwil maksudnya tanpa memalingkan maknanya yang rajih lagi hampir kepada yang marjuh lagi jauh tanpa kaitan yang mewajibkannya. Maka maknanya yang dekat sudah maklum dalam fikiran.

Mazhab salaf memegang makna ini mengikut makna yang layak dengan kebesaran Allah dan tidak memberatkan diri dengan makna-makna yang jauh dan sampingan tanpa keperluan.

Ta’til pula bermakna menafikan madlul-madlul (maksud-maksud yang didalilkan) lafaz yang menyifatkan Allah secara mutlak. Di sisi orang yang memegang ta’til Allah SWT tidak bercakap, tidak mendengar, tidak melihat dan seumpamanya

Menahan Diri Dari Pertelingkahan Ulama’

Para ulama’ telah berselisih pendapat secara panjang lebar sejak zaman dahulu hingga sekarang tentang masalah sifat-sifat ini. Perselisihan ini memberi kesan kepada kesatuan muslimin dan keadaan mereka amat menyedihkan. Al-Imam Asy-Syahid datang untuk menenangkan ketegangan ini kerana beliau mendapati bahawa perbahasan mengenainya menuju jalan buntu dan tidak benar. Beliau telah meminta agar tidak mendekati khilaf ulama’ silam dalam halini dan meminta agar cukuplah mengetahuinya secara ringkas (ijmal).

Ini bukanlah bermakna lari atau menyembunyikan perkara yang wajib dijelaskan. Bahkan itulah kebijaksanaan, kerana pada setiap ‘maqam ada maqal’ dan manusia berbeza-beza dalam pemahaman dan penerimaan mereka. Manusia juga tidak boleh hidup seorang diri dan bercakap dengan diri sendiri.

Al-Imam Asy-Syahid dapat mengesan perkara ini dan mahu menyatukan hati-hati umat yang tidak mungkin dapat bersatu melainkan berpegang dengan ijmal yang tsabit dengan nas dan ijmak serta meninggalkan huraian yang dipertikaikan. Apa yang dilakukan oleh Al-Imam Asy-Syahid adalah manhaj dan tarjih ulama’ Islam yang terkemuka dalam hal ini.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata:

“Umat tidak berselisih dan berpecah jika pertikaian itu boleh diputuskan dengan ilmu dan keadilan. Jika tidak, maka dengan berpegang kepad ijmal yang tsabit dengan nas dan ijmak. Wajib menyuruh orang awam berpegang dengan ijmal yang tsabit dengan nas dan ijmak serta mencegah mereka dari hanyut dalam huraian (tafsil) yang mencetuskan perpecahan dan perselisihan. Sesungguhnya perpecahan dan perselisihan adalah di antara sebesar-besar perkara yang dilarang oleh Allah SWT dan RasulNya.

Syeikhul Islam mempunyai kalam (huraian) yang bernilai di dalam hal ini, kalaulah tidak kerana takutkan meleret-leret, nescaya tokayoh sebutkan kalamnya.

Alangkah bijaksana dan arifnya Al-Imam Asy-Syahid ketika beliau meminta agar menahan diri dari pertelingkahan tadi dan meminta agar berpada dengan ijmal yang tsabit dengan nas dan ijmak berdasarkan firman Allah:

“Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: Kami beriman dengan ayat-ayat yang mutasyabihat, semuanya itu di sisi Tuhan kami”. (Ali Imran: 7)

Dalam Risalah ‘Aqaid karangan Al-Imam terdapat keterangan yang sempurna lagi ringkas kepada usul ini. Selepas menyebut sebahagian ayat dan hadith yang menunjukkan kepada sifat, beliau berkata:

Dalam masalah ini, manusia terbahagi kepada 4 golongan:

Satu golongan mengambilnya secara zahir sahaja, maka mereka pun menyifatkan Allah dengan wajah seperti wajah-wajah makhluk, tangan atau tangan-tangan seperti tangan mereka, ketawa seumpama ketawa mereka dan begitulah seterusnya hingga mereka menyangka Tuhan seperti orang tua. Sesetengahnya pula menyangka bahawa Allah itu seperti pemuda. Mereka adalah golongan Mujassamah dan Musyabbahah yang tidak ada kena mengena sedikit pun dengan Islam. Kata-kata mereka tidak benar langsung. Memadailah kita menjawab tuduhan mereka dengan firman Allah yang bermaksud:

“Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat” (Asy-Syura: 11)

“Katakanlah: Dialah Tuhan Yang Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung padaNya segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada seorang pun yang setara denganNya.” (Al-Ikhlas: 1-4)

2. Satu golongan pula menolak makna lafaz-lafaz itu dalam sebarang bentuk iaitu dengan menafikan segala madlulnya terhadap Allah SWT. Di sisi mereka, Allah tidak bercakap, tidak mendengar dan tidak melihat. Ini adalah kerana semua itu tidak boleh berlaku melainkan dengan menggunakan anggota, sedangkan anggota wajib dinafikan dari Allah SWT. Oleh sebab itulah mereka menafikan sifat-sifat Allah SWT dan berpura-pura mensucikanNya. Mereka ialah golongan Muatthilah dan sebahagian ulama’ sejarah ‘Aqaid Islamiyyah menggelar mereka Al-Jahmiyyah.

Tokayoh rasakan tiada seorang yang beraqal pun terpengaruh dengan kata-kata remeh ini, kerana sudah dibuktikan bahawa sebahagian makhluk dapat bercakap, mendengar dan melihat tanpa anggota (pancaindera). Jadi bagaimana boleh dikatakan bahawa Allah SWT kalau bercakap mestilah menggunakan anggota? Maha Suci Allah dari semua itu. Inilah dua pendapat batil yang tidak layak diperhatikan. Tinggal lagi dua pendapat di hadapan kita yang berada di dalam perhatian ulama’ ‘Aqaid iaitu pendapat salaf dan pendapat khalaf.

Insyallah dikala masa hadapan diizinkanya tokayoh ingin menghuraikan pendapat2 salaf dan khalaf berkaitan tentang dalil dan hadith2 nya wallahuallam.

MAULIDURRASUL DataNg LG Apkah DIboleh Kan Untuk Kita Menyambut ??

•March 7, 2009 • Leave a Comment

Assalamualaikum WBT Segala puja dan puji bagi Allah Tuhan yang mengutus Nabi Muhammad untuk rahmat seluruh alam, Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi yang terakhir Muhammad s.a.w. dan ke atas keluarganya serta para sahabatnya.

Pada Malam Ini apa yang hendak diperkatakan oleh tokayoh adalah berkaitan maulidurrasul iaitu secara umum nya yang di pangil oleh anok cucu sekelian pada masa kini iaitu hari jadi nabi kita Muhammad s.a.w . Jadi apa dia yang di sebut maulid tuh ???

Dari segi bahasanya Maulid tu adalah asal dari perkataan wulida iaitu telah lahir pada hari dan tarikh tertentu Dan Rasul itu adalah pesuruh allah yang terakhir terdiri daripada 25 rasul .Jadi dengan perkataan itu datang dengan kata  Maulidurrasul yakni terdapat alif dan lam jika kita ceraikan di antara maulid dan rasul itu dan alif dan lam itu menbawa maksuk alif lam makrifah iaitu makruf atau terkenal siapa nabi kita pada masa kini iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Kebanyakkan pada zaman yang beralaf moden ini anokcucu semakin tidak mengetahui bilanya maulid nabi kita itu disebabkan pengaruh-pengaruh kemodenan yang terjebak keatas anakcucu sekelian.Biasa kebanyakkanya disebabkan pengaruh media masa , media eletronik,kurangnya pendidikan agama,akademi-akdemi populariti yang semakin meluas dan lain-lain.

Pada Zaman ini juga kebanyankannya di kampung-kampung yang disalah ertikan dengan menyambut maulidurrasul adalah salah satu untuk menperingati hari lahir nabi kita dan dengan cara ini lah sahaja untuk menperingatinya dan dijadikan adab budaya kita pada masa kini.Budaya ini juga boleh dikatakan adab turun menurun oleh nenek moyang kita lagi yang dibuat-buat sebenarnya untuk merasakan amal kebajikanya dan cintanya kepada nabi kita Muhammad s.a.w.

Bercakap pasal mualidurrasul ini tokayoh berasa terkilan sekali dengan situasi yang berlaku dikampung baik dibandar atau dimana-mana yang tidak faham permasalahan menyanbut maulidirrasul itu dan apakah kesanya kita sebagai muslim jika menyambutnya???

Disini Tokayoh ingin bercakap secara meluas dan ilmiyah kepada anokcucu sekelian ,kita lihat kepada dalil yang nyata  sama ada al-quran dan as-sunnah mahupun qias berkenaan dengan amalan menyambut maulidurrasul tidak ada seorang pun di kalangan ulamak ahli sunnah wal jamaah yang dahulu (salaf), bermula dengan para sahabat Rasulullah s.a.w., kemudian diikuti oleh para ulamak di kalangan tabien yang mengadakan sambutan maulidurrasul. Para imam mazhab empat, Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam As-Syafie dan Imam Ahmad bin Hanbal tidak pernah mengadakan sambutan maulidurrasul. Demikianlah juga keadaannya, para imam hadis yang terkenal seperti Bukhari, Muslim, Tarmizi, Ibnu Majah, Abu Daud, Nasai dan lain-lain tidak pernah kedengaran mereka ini telah mengadakan sambutan maulidurrasul sebagaimana yang diadakan sekarang.

Ulamak dan para Imam yang tersebut di atas adalah sudah diterima dan disepakati oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia sebagai muktabar dan pandangan serta mazhab mereka menjadi rujukan dan diamal oleh umat Islam sehingga kini.

Disini terdapat hujah-hujah dan dalil yang dikermukakan serta jawapanya :

HUJAH PERTAMA:

Firman Allah yang bermaksud: “Maka mereka yang beriman dengannya (Muhammad), membesarkannya dan membantunya dan mengikut cahaya (al-Quran) yang diturunkan bersamanya. Mereka itulah yang mendapat kejayaan.” (Surah al-A’raf, Ayat:157)


JAWAPAN:

Kalimah ‘membesarkan Nabi’ dalam ayat ini tidak ada kaitan dengan sambutan maulid yang diadakan. Tidak pernah didapati di dalam mana-mana kitab tafsir yang menghubungkan ayat ini dengan maulidurrasul kerana tidak ada seorang pun ulamak salaf dan para mufassir yang muktabar mentafsirkan ayat ini dengan mengadakan maulid.


HUJAH KEDUA:

Firman Allah Taala yang bermaksud: “Sesiapa yang membesarkan tanda-tanda Allah, maka membesarkan itu ialah setengah daripada menjunjung perintahNya dan menjauhi laranganNya.” (al-Haj : 32)


JAWAPAN:

Di dalam Tafsir Pimpinan ar-Rahman Kepada Pengertian al-Quran yang ditulis oleh Shaikh Abdullah bin Muhammad Basmih, cetakan keenam 1983, terjemahannya adalah seperti berikut:


“Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama Allah, maka (dialah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin.”

Maksud “syiar-syiar agama Allah” ini dijelaskan di dalam nota kaki (hasyiah) yang terdapat di dalam Tafsir Pimpinan ar-Rahman itu seperti berikut:


Syiar artinya: Lambang. Syiar agama Allah atau Syiar Islam ialah: Amal ibadat yang zahir dan benda-benda yang berhubung dengan ugama, yang melambangkan ugama Allah. Misalnya di dalam ibadat haji ialah tawaf, saie, berwuquf di Arafah dan sebagainya. Demikian juga binatang ternakan yang dijadikan qurban atau yang dijadikan hadyah kepada faqir miskin yang ada di Mekah.


Di dalam huraian yang dibawa oleh penulis tafsir tersebut, syiar Agama Allah tidak dimaksudkan dengan mengadakan maulid, bahkan dimaksudkan dengan amalan ibadat haji itu sendiri iaitu Tawaf, Saie dan Wuquf. Untuk keterangan lebih lanjut sila rujuk tafsir al-Azhar yang dikarang oleh Prof. Dr. Hamka (buku ini boleh dibaca oleh semua orang samada yang berkemampuan dalam bahasa Arab atau tidak). Bagi yang berkemampuan dalam bahasa Arab, masih banyak lagi buku-buku tafsir yang boleh dirujuk contohnya, Tafsir Ibnu Kasir, Qurtubi, al-Munir, al-Asas fi at-Tafsir tulisan Said Hawa dan lain-lain. Boleh dipastikan kesemuanya tidak menafsirkan “syiar-syiar agama Allah” ini dengan mengadakan maulidurrasul.’


HUJAH KETIGA :

Meriwayat Imam Bukhari dalam Sohihnya, begitu juga Imam Ismail dan Abdul Razak :

“Bahawa diringankan azab Abi Lahab pada hari Isnin kerana memerdekakan Thuaibah iaitu hamba yang menceritakan khabar gembira tentang kelahiran Nabi s.a.w.”


JAWAPAN:

Dakwaan bahawa hadis ini terdapat dalam Sohih Bukhari itu adalah palsu semata-mata dan merupakan satu fitnah terhadap Imam Bukhari. Ianya juga tidak terdapat di dalam riwayat Ismaieli dan Abdul Razak. Cuma Suhaifi ada mengemukakan cerita ini tanpa menyebut sanad. Sila lihat Umdatul Qari, karangan Badruddin Aini, juz. 20, halaman 95. Fathulbari, karangan al-Hafiz Ibnu Hajar Asqalani, juzu’ 19, halaman 174 – 175. Serta Raudhul Unuf, karangan as-Suhaili, juzu’ 5, halaman 191.


Apa yang terdapat di dalam Sahih Bukhari hanyalah kata-kata ‘Urwah berkenaan dengan Thuaibah pernah menyusukan Nabi s.a.w. setelah dimerdekakan oleh Abu Lahab. Di sana ada satu riwayat lain yang mengatakan Thuaibah tidak dimerdekakan pada hari kelahiran Nabi s.a.w. bahkan ianya dimerdekakan selepas hijrah Nabi s.a.w. (Ibid, juzu’ 5, halaman 191). Dan juga tidak terdapat kata-kata “Diringankan azab Abu Lahab pada hari Isnin kerana memerdekakan Thuaibah” di dalam kata-kata ‘Urwah itu. Untuk keterangan lanjut, sila lihat Sahih Bukhari, Kitabun Nikah, Bab Wa Ummahatukumullati Ardha’nakum.


Patut dijelaskan juga bahawa tidak ada seorang pun dari kalangan pensyarah hadis ketika menghuraikan kata-kata ‘Urwah ini membuat kesimpulan dengan menyambut maulidurrasul, seseorang muslim akan diringankan azabnya di dalam neraka sebagaimana yang berlaku terhadap Abu Lahab. Jika timbul pandangan yang menyatakan kelebihan maulidurrasul berasaskan kata-kata ‘Urwah itu maka jelaslah ianya tidak berpandukan pendapat ulamak muktabar.

Berdasarkan kenyataan di atas juga kita akan mendapati maklumat berikut:

Kata-       kata- kata tersebut adalah semata-mata kata-kata ‘Urwah. Bukannya hadis Nabi. Lebih-lebih lagi ‘Urwah meriwayatkannya secara mursal. Beliau tidak menceritakan daripada siapa beliau mengambil kata-kata ini. Riwayat yang mursal tidak boleh dijadikan hujjah syari’yy

Peristiwa diringankan azab Abu Lahab pada hari Isnin ini hanya mimpi Abbas sewaktu belum memeluk Islam. Kenyataan ini juga tidak terdapat dalam Sahih Bukhari. Ulamak sudah sepakat (ijma’) bahawa selain daripada mimpi para Nabi, mimpi seseorang apalagi seorang kafir tidak boleh dijadikan hujjah syar’iyyah, biar setinggi mana keimanan keilmuan dan ketaqwaannya. Ulamak salaf dan khalaf juga berpendapat orang kafir tidak diberi pahala di atas amalan baik yang dikerjakannya apabila mati di dalam kekufurannya itu. Ini berdasarkan kepada firman Allah Taala yang bermaksud:” Dan kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan lalu kami jadikan amal itu bagaikan debu yang berterbangan.” (al-Furqaan, ayat: 23)

HUJAH KEEMPAT :

Diriwayatkan daripada Qatadah al-Ansori, Bahawasanya Nabi ditanya tentang berpuasa hari Isnin, berkata Nabi s.a.w: “Itulah hari yang dilahirkan aku padanya dan diturunkan kenabian ke atasku.”


JAWAPAN:

Hadis ini langsung tidak membicarakan tentang terdapatnya sebarang kelebihan mengadakan ‘Maulid’ bahkan ianya berkaitan dengan berpuasa sunat hari Isnin. Amalan inilah yang sepatutnya dianjur dan diwar-warkan di kalangan umat Islam kerana sudah jelas nas dan dalil tentang kelebihannya. Sebaliknya realiti hari ini menunjukkan masyarakat lebih cenderung menjadi pak turut ketika melaksanakan amalan agama dan bukannya berusaha mengkaji serta menyelidik agar ianya menepati sunnah Rasul s.a.w.


HUJAH KELIMA :

Orang yang pertama merayakan maulid adalah sultan yang dikatakan seorang raja yang adil, warak, zuhud dan alim – Sultan Ibnu Malik al-Muzaffar – sehinggakan ulamak-ulamak yang muktabar didakwa telah menghadiri majlis maulidnya. Malah ulamak besar Syeikh Abu Khattab Ibnu Dihyah telah mengarang kitab Al-Tanwir yang membicarakan amalan maulid.

JAWAPAN:

Raja ini (wafat 630 H) bukanlah seperti yang didakwa itu bahkan dia seorang yang pemboros, pembazir harta rakyat dan zalim. Dialah raja yang pertama mengada-adakan (bid’ah) perayaan maulid nabi sehingga terbantut segala kegiatan ekonomi masyarakat, kerana perayaan ini dilakukan secara besar-besaran bermula dari bulan Safar lagi. Sambutan ini disertakan dengan nyanyian, permainan, dan berbagai-bagai bentuk hiburan. Lihat Mu’jamul Buldan jilid 1 ms 87 karangan Yaaqut al-Hamawi, Al-Qaulul Muktamad karangan Imam Ahmad b Muhammad Misri al-Maliki, Wafayatul A’yan karangan Ibnu Khallikan dan Duwalul Islam karangan Imam Zahabi.

Ada diberitakan bahawa Imam Suyuti pernah memuji raja tersebut. Namun begitu adalah perlu dijelaskan bahawa Imam Suyuti bukannya hidup di zaman Sultan Ibnu Malik al-Muzaffar. Kalau Suyuti memuji raja ini bagaimana pula dengan ulamak-ulamak lain terutamanya Yaqut yang hidup sezaman dengan Raja Muzaffar itu sendiri. Siapakah agaknya lebih tahu tentang raja itu; Yaqut atau Suyuti?


Berkenaan Syeikh Abu Khattab Ibnu Dihyah pula, Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani menulis di dalam Lisanul Mizan jilid 4 ms 296 bahawa: “Dia seorang yang suka memburuk-burukkan imam-imam dan ulamak-ulamak salaf (bermulut hodoh), dungu, sangat sombong, dangkal dan alpa dalam hal-hal agama.” Hafiz Ibnu Hajar menulis lagi tentangnya; Ibnu Najjar berkata: “Saya melihat ulamak bersepakat tentang dusta dan kelemahannya.” (Ibid ms 295)

Adalah amat tidak tepat untuk mengatakan Syeikh Abu Khattab Ibnu Dihyah seorang ulamak yang besar. Kenyataan ulamak-ulamak di atas membuktikan bahawa beliau langsung tidak layak dibuat panduan dan pedoman dalam membicarakan masalah maulid ini. Bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan ulamak seperti inilah yang sentiasa bersedia menjadi pengampu dan pembodek raja yang zalim!


HUJAH KEENAM:

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah:  Bersabda Rasulullah: “Tidak berhimpun satu perhimpunan pada satu majlis di dalam masjid daripada masjid-masjid Allah, lalu mereka membaca al-Quran dan bertadarus sesama mereka, melainkan turun ke atas mereka ketenangan yang diselubungi rahmat Allah serta dilingkungi para malaikat di sisinya.” (Sohih Muslim).


JAWAPAN :

Hadis ini tidak menyentuh atau membicarakan soal atau kelebihan Maulidurrasul, bahkan hadis ini menyentuh fadhilat membaca al-Quran. Ini telah disepakati bahawa ianya sabit dan tidak ada apa yang hendak dibantah lagi. Yang mahu dipersoalkan adalah perayaan menyambut maulidurrasul dan bukannya membaca al-Quran.


HUJAH KETUJUH :

Bersabda Nabi s.a.w: “Tidaklah berhimpun satu perhimpunan di dalam suatu majlis lalu mereka tidak berzikir mengingati Allah dan tidak berselawat ke atasku, melainkan kekurangan dan penyesalan ke atas mereka di hari Qiamat.”


JAWAPAN :

Hadis inipun tidak ada kena mengena dengan maulidurrasul, dan tidak ada kena mengena dengan berdiri sewaktu berselawat.


HUJAH KELAPAN :

Firman Allah Taala: “Kami ceritakan kepada engkau setiap perkhabaran daripada kisah-kisah Nabi yang menguatkan hati engkau dengannya dan datang kepada engkau dalam perkhabaran ini, kebenaran, pengajaran dan peringatan bagi orang yang beriman.” (Hud: 120).


JAWAPAN:

Apa yang ingin dipersoal dan dipertikaikan adalah membuat atau mengadakan sambutan maulidurrasul dan bukannya pengisian di dalam sambutan tersebut.


HUJAH KESEMBILAN :

Meriwayatkan Imam Ahmad dan Hakim daripada Suhaib, Nabi bersabda: “Seseorang yang terlebih baik di antara kamu ialah mereka yang menjamu makanan dan menjawab salam.” Berkata al-lraqi hadis ini sahih sanadnya. Meriwayat Tirmizi: “Bahawa sahabat-sahabat Nabi tidak bersurai mereka daripada majlis bertilawah al-Quran dan berzikir, melainkan selepas menikmati jamuan.”


JAWAPAN:

Hujah ini sebagaimana tiga hujah sebelumnya seolah-olah ingin menyatakan bahawa apalah salahnya merayakan maulidurrasul kerana maulid itu pengisiannya ialah selawat, berzanji, membaca rawi, berzikir, membaca al-Quran dan makan minum. Semua perbuatan tersebut adalah ibadah dan mendatangkan pahala. Jadi kenapakah sambutan yang pengisiannya sebaik ini dikatakan bidaah? Adakah membaca al-Quran, berzikir dan berselawat itu bidaah?

Hujah-hujah yang seumpama ini kelihatannya dikemukakan supaya fokus sebenar kepada permasalahan ini dilencongkan. Yang dipersoalkan adalah menyambut maulid itu sendiri; adakah ianya pernah dilakukan oleh sahabat, tabien dan para ulamak salafussoleh? Jawabnya tidak pernah.

mengetahui lebih lanjut sila layari :

Tahkik : http://darulkautsar.com

Pe




KauL JAdiD ApaKah HuKuM RoKoK ItU ?? HAraM VS MaKRuH

•March 5, 2009 • Leave a Comment

Fatwa Oleh : Profesor Dr. Yusof Al-Qardawi :

Assalamualaikum wbt alhamdulillah hirabbiaalamin segala pujian hanya tertentu kepada allah subahanahuwataala yang telah menjadikan kita dan jujungan nabi kita muhammad (saw) yang telah menyelamatkan umat manusia daripada kesesatan.

Sesungguhnya telah muncul pokok ini yang dikenali dengan nama ” والتتن    ” التمباك ”  والتبغ والدخان di akhir kurun ke sepuluh hijrah. Oleh kerana pokok ini digunakan secara meluas di kalangan orang ramai, maka ianya telah memaksa alim ulama di zaman itu membahas dan mengkajinya untuk memberi penjelasan hukum dari segi syarak.

Memandangkan masalah ini adalah masalah baru,  tidak ada hukum yang dikeluarkan oleh Fuqaha, Mujtahidin yang lalu serta ulama-ulama selepas mereka dari kalangan Ahli Takhrij dan Tarjih dalam mazhab berkenaan perkara ini. Mereka juga tidak mendapat gambaran yang jelas tentang hakikat dan implikasinya berdasarkan kajian ilmiah yang betul, maka  berlakulah perbezaan pendapat yang ketara di kalangan ulama pada waktu itu. Ada di kalangan mereka yang memfatwakan haram, ada yang memfatwakan makruh, ada yang mengatakannya harus dan ada yang mengambil sikap berdiam diri tanpa membincangkannya. Fenomena ini juga berlaku kepada ke empat-empat mazhab ahli sunnah waljamaah.

Justeru itu kita tidak boleh menisbahkan kepada mana-mana mazhab, pendapat atau fatwa yang nengatakan merokok itu harus atau haram atau makruh.

Nyata kepada saya bahawasanya perbezaan pendapat di kalangan ulama mazhab-mazhab,  ketika permulaan  munculnya rokok,  penggunaannya begitu meluas dan berlaku perbezaan di antara mereka dalam mengeluarkan hukum tentangnya, bukanlah perbezaan dari segi dalil-dalil, bahkan perbezaan berlaku dalam menentukan `ilat (مناط ) yang ada pada rokok.


Ada di kalangan mereka yang mendakwa terdapat beberapa manafaat atau faedah pada merokok. Ada juga ulamak yang mendakwa terdapat mudarat dan manafaat yang sama berat pada rokok. Terdapat juga ulamak  yang tidak menyabitkan apa-apa faedah pada rokok tetapi menafikan terdapat mudarat pada rokok. Ini bermakna sekiranya mereka dapat memastikan ada mudarat pada perkara ini, pasti mereka mengharamkannya tanpa wujud perdebatan.

Di sini kami berpendapat untuk menyabitkan ada dan tidak ada implikasi buruk terhadap tubuh badan pada rokok dan benda-benda lain yang ada unsur ketagihan, ianya bukan bidang kuasa ahli feqah, bahkan ianya adalah bidang kuasa ahli perubatan dan penganalisis. Merekalah sepatutnya yang dirujuk dalam masalah ini kerana mereka adalah ahli sains dan banyak pengalaman. Firman Allah S.W.T yang bermaksud :” Tanyalah orang yang tahu tentang perkara itu”, “ Tidak boleh menceritakan kepada engkau seperti mana orang yang alim”.


Secara umumnya para doktor dan penganalisis sebulat suara menjelaskan implikasi buruk merokok ke atas tubuh badan secara umum, dan secara khususnya terhadap paru-paru dan organ pernafasan, seterusnya boleh membawa kepada kanser paru-paru. Inilah faktor yang meyebabkan  masyarakat dunia sejak tahun-tahun kebelakangan ini menyeru agar berhati-hati terhadap aktiviti merokok.

Sepatutnya di zaman kita ini para ulamak sepakat membuat keputusan ini. Sesungguhnya keputusan ahli feqah dalam masalah ini diasaskan atas pandangan pakar perubatan. Bilamana pakar perubatan menjelaskan bahawa gejala ini (merokok) meninggalkan implikasi buruk kepada kesihatan manusia, sepatutnya ahli feqah menetapkan hukum haram kepada aktiviti merokok, kerana setiap perkara yang menyebabkan kesan  buruk kepada kesihatan manusia  mesti diharamkan di sisi syarak.

Sebab diharamkan:

Ada sesetengah orang mengatakan “ Bagaimanakah mereka boleh mengharamkan pokok ini tanpa nas ? “

Jawapannya :

Sesungguhnya tidak mesti penggubal undang-undang menaskan setiap satu perkara-perkara yang diharamkan, memadailah mereka menetapkan garis panduan atau kaedah-kaedah yang akan termasuk di bawahnya pecahan-pecahan dan unit-unit. Kaedah-kaedah ini boleh membataskannya. Adapun perkara-perkara yang khusus maka tidak mungkin membataskannya.

Memadai bagi penggubal undang-undang mengharamkan sesuatu yang jelek dan memudaratkan, supaya termasuk di bawahnya kebanyakan makanan dan minuman lain yang juga mempunyai unsur jelek dan memudaratkan. Kerana inilah ulamak sepakat mengharamkan pokok Hasyisyah ( pokok yang menyebabkan ketagih ) dan pokok lain yang mempunyai unsur ketagihan, walaupun tidak ada nas tertentu yang mengharamkannya secara khusus.

Imam Abu Muhammad Bin Hazam Azzahiri, kita sedia maklumi dia seorang yang berpegang dengan zahir nas, walaupun begitu beliau tetap mengharamkan sesuatu yang memudaratkan dengan memakannya, kerana berpegang dengan nas-nas yang umum. Beliau mengatakan : “Setiap sesuatu yang boleh memudaratkan maka ianya adalah haram, berdasarkan sabda nabi S.A.W yang bererti : “ Sesungguhnya Allah mewajibkan berlaku ihsan terhadap sesuatu, maka sesiapa memudaratkan dirinya sendiri atau orang lain maka dia telah tidak melakukan ihsan dan sesiapa yang tidak melakukan ihsan, maka dia telah menyalahi ketetapan, iaitu ketetapan Allah mesti melakukan ihsan  terhadap segala sesuatu.”


Boleh juga menjadikan dalil untuk hukum ini, sabda Nabi S.A.W yang bererti : “ tidak boleh memudaratkan dan tidak boleh dimudaratkan” , begitu juga firman Allah yang bermaksud : “ Janganlah kamu membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah sangat mengasihi kamu”.


Antara ungkapan feqah yang paling baik berhubung pengharaman memakan makanan yang boleh memudaratkan ialah ungkapan Iam Nawawi didalam kitab  Raudah , beliau berkata ; “Setiap sesuatu yang memudaratkan  apabila dimakan seperti kaca, batu, racun maka hukum memakannya adalah haram. Setiap sesuatu yang suci yang tidak menimbulkan mudarat memakannya maka hukum memakannya adalah halal kecuali sesuatu yang dianggap jelek seperti mani dan hingus, maka memakannya adalah haram mengikut pendapat yang betul. Harus meminum ubat yang mengandungi sedikit racun yang tidak membahayakan, jika diperlukan”.


Mudarat Harta :

Manusia tidak harus membelanjakan hartanya kepada perkara yang tidak berfaedah sama ada di dunia atau akhirat, kerana mereka sebenarnya pemegang amanah ke atas harta yang ditinggalkan kepada mereka. Sebenarnya kesihatan dan harta adalah dua amanah Allah, maka tidak harus manusia memudaratkannya  atau mensia-siakannya. Kerana hakikat inilah, maka Nabi S.A.W melarang seseorang mensia-siakan hartanya.

Perokok membeli kemudaratan dirinya dengan kesucian hartanya, ini tidak harus di sisi syarak. Firman Allah yang bermaksud : “ Janganlah kamu membazir,sesungguhnya  Allah tidak suka kepada orang-orang yang membazir”.


Tidak ragu-ragu lagi bahawa menghabiskan harta dengan merokok adalah perbuatan mensia-siakan harta. Maka bagaimana pula jika di samping merosakkan harta (kerosakan yang diyakini berlaku atau tidak yakin ) wujud juga perbuatan merosakkan badan ?

Mudarat Penghambaan:

Di sana ada kemudaratan lain yang biasanya tidak disedari oleh penulis-penulis mengenainya, iaitulah kejiwaan, saya maksudkan dengan mudarat jiwa ialah kebiasaan merokok dan seumpamanya akan memperhambakan jiwa manusia dan seterusnya kebiasaan yang hina ini akan menjadikan jiwa manusia sebagai mangsanya. Manusia tidak mampu meloloskan diri daripadanya dengan mudah apabila mereka ingin melakukannya pada sesuatu ketika kerana sebab-sebab tertentu, seperti kemunculan bahaya pada badannya, menampakkan kesan yang negatif dalam pendidikan anaknya ataupun kerana keperluannya yang mendesak untuk membelanjakan harta pada benda lain yang lebih berguna dan sepatutnya ataupun untuk sebab-sebab lain.


Melihatkan kepada mudarat penghambaan jiwa ini , kami mendapati sesetengah perokok sanggup menganiayai makan minum anak-anaknya dan perbelanjaan asas keluarganya, kerana ingin memuaskan tabiatnya ini, kerana dia sememangnya sudah tidak boleh dianggap orang yang mampu membebaskan diri daripadanya. Di suatu hari nanti apabila perokok telah menjadi lemah seumpama ini, kehidupannya pasti goyah, pertimbangannya jadi tidak seimbang, keadaannya hina, pemikirannya bercelaru dan emosinya mudah tertekan kerana satu-satu sebab atau tanpa sebarang sebab. Tidak ragu-ragu lagi kemudaratan seumpama ini patut diambil kira dalam mengeluarkan hukum merokok.


Merokok diharamkan di sisi syarak :

Di zaman kita ini tidak ada pendapat yang boleh menghalalkan merokok dalam apa bentuk sekalipun, selepas Persatuan Sains Perubatan membicarakan panjang lebar implikasi buruk merokok serta kesannya yang negatif, golongan  elit dan orang awam juga mengetahui keburukan merokok dan dikuatkan lagi oleh perangkaan.

Apabila telah gugur pendapat bahawa merokok harus secara mutlak, maka yang ada hanyalah pendapat makruh dan haram. Sesungguhnya telah jelas kepada kita melalui perbincangan  lalu bahawa hujjah haram merokok lebih kemas dan mantap. Inilah pendapat kita .

Perbincangan lalu juga dijadikan garis panduan bagi memastikan terdapat mudarat pada tubuh badan, mudarat pada harta, dan mudarat pada jiwa dengan sebab merokok secara berterusan. Sesungguhnya setiap perkara yang boleh menjejaskan kesihatan manusia ianya mesti diharamkan di sisi syarak.

Allah Taala berfirman dan maksudnya : “ Dan janganlah kamu campakkan diri-diri kamu ke kancah kebinasaan”, “ Dan janganlah kamu membunuh diri-diri kamu, sesungguhnya Allah amat mengasihi kamu”  ,   “ Dan janganlah kamu membazir, sesungguhnya Allah tidak suka  kepada  orang-orang yang membazir”.  “ Dan janganlah kamu   melakukan pembaziran,sesungguhnya orang-orang yang membazir adalah saudara syaitan.” Di sana ada kemudaratan tubuh badan dan di sana juga ada kemudaratan harta benda, maka menggunakan sesuatu yang memudaratkan manusia adalah diharamkan, berdasarkan firman Allah yang bermaksud :  “ Janganlah kamu membunuh diri-diri kamu” . Kerana fakta inilah wajib kita berfatwa, merokok adalah haram di zaman kita ini.


Hakikat yang tidak boleh diragukan lagi bahawa kalangan doktor sepakat mengatakan terdapat kesan yang sangat buruk dalam aktiviti merokok.  Benar kesan buruknya tidak segera tapi beransur-ansur. Namun kesan mudarat segera dan  beransur-ansur adalah sama saja dari segi haramnya. Racun yang memberi kesan lambat atau segera sama saja, kedua-duanya diharamkan.


Manusia tidak harus memudaratkan atau membunuh dirinya dan mereka juga tidak boleh memudaratkan orang lain. Berkenaaan ini Nabi S.A.W bersabda : “ Tidak memudaratkan dan tidak boleh dimudaratkan “ , iaitu engkau tidak boleh memudaratkan diri engkau dan orang lain.

Merokok meninggalkan implikasi yang sangat buruk kepada diri manusia mengikut kesepakatan doktor sedunia, lantaran ini kerajaan-kerajaan sedunia mewajibkan syarikat yang mengiklan rokok menyebut “ Merokok Membahayakan Kesihatan”, selepas mereka yakin merokok memudaratkan semua orang. Justeru itu golongan fuqaha  tidak boleh berselisih pendapat tentang mengharamkan merokok.


Lima unsur asasi yang disebut oleh ahli-ahli usul dan orang yang mendalam dalam bidang agama, serta mewajibkan supaya bersungguh-sungguh dijaga dan tidak boleh dimudaratkannya, ialah Agama,  Jiwa, Akal, Keturunan dan Harta Benda. Maka kesan merokok terhadap agama : ada di kalangan orang ramai tidak dapat berpuasa di bulan Ramadhan lantaran tidak dapat menahan diri dari merokok.


Keturunan turut menerima kesan buruk dari merokok, samada perokok itu salah seorang dari ibu, bapa atau kedua-duanya. Bahkan janin akan menerima kesan buruk ekoran ibu  yang merokok. Ini bermakna  perokok tidak memudaratkan dirinya sahaja bahkan ianya turut memudaratkan orang lain. Di sini ada yang dinamakan merokok secara terpaksa ataupun merokok dengan paksaan. Ini boleh berlaku melalui orang lain yang merokok tanpa rasa malu, sedangkan dia tidak merokok,  dia hanya menyedut asap rokok secara tidak langsung ketika dia duduk berhampiran perokok atau berada di persekitaran yang ada aktiviti merokok.

Maka anda wahai perokok, secara tidak langsung anda telah memudaratkan diri anda sendiri dan juga orang lain. Maka kerana kemudaratan ini dan kemudaratan yang lain merokok mesti diharamkan dan ulamak mesti sepakat mengharamkannya. Sesungguhnya ada sesetengah ulamak meletakkan sebagai paksi sebilangan besar hukum merokok di atas kemampuan kebendaan sahaja. Maka haram merokok bila mana perokok berada dalam kesempitan duit untuk merokok dan makruh bagi orang yang mampu membeli rokok. Ini adalah pendapat yang tidak betul dan tidak mantap.


Para ulamak dan doktor sedunia sepakat, menjadikan faktor mudarat tubuh badan dan mudarat jiwa sebagai satu faktor besar dalam menentukan hukum merokok, di samping mudarat harta. Sesungguhnya orang kaya tidak berhak membelanjakan dan menghabiskan hartanya dengan sewenang-wenangnya, kerana  hartanya itu  sebenarnya milik Allah dan masyarakat.


Orang Islam yang rasional sepatutnya menjauhkan diri dari penyakit yang merosakkan ini, kerana rokok telah diyakini mempunyai unsur-unsur yang jelek, ianya tidak tergolong dalam makanan yang berkualiti lantaran tiada faedah samada untuk dunia  dan akhirat.


Nasihat saya kepada pemuda-pemuda  secara khusus, supaya mereka mengelak diri dari terjebak dengan penyakit yang boleh merosakkan kesihatan mereka, melemahkan kekuatan dan kesuburan mereka. Mereka hendaklah tidak menjadi mangsa kekeliruan yang dibayangkan kepada mereka, bahawa merokok adalah tanda kelelakian dan tanda  peribadi merdeka.

Mana-mana individu dari kalangan pemuda yang terlibat dengan aktiviti merokok, mampu melepaskan diri daripadanya dan mengalahkannya  (kerana beliau masih diperingkat awal ) sebelum penyakit ini bertapak kukuh dan mengalahkannya jika tidak nanti sukar baginya melepaskan diri dari cengkamannya kecuali orang yang diberi rahmat oleh Allah.

Menjadi tanggungjawab media massa memfokuskan kempen yang teratur dengan berbagai cara  untuk menjelaskan keburukan merokok. Tanggungjawab penyusun skrip, pengeluar dan penerbit filem, teater dan drama bersiri pula ialah mengekang propoganda ke arah merokok dengan mempamerkan rokok dalam gambaran yang sesuai dan tidak sesuai pada setiap keadaan.


Tanggungjawab kerajaan pula ialah berganding bahu membasmi penyakit ini dan membebaskan rakyat dari bahayanya walaupun kerajaan mengalami kerugian cukai berjuta-juta, namun kesihatan rakyat  dan anak bangsa dari segi jasmani dan spiritual lebih penting dan berharga dari wang ringgit. Sebenarnya kerajaan menanggung kerugian dari segi kebendaan ketika mana kerajaan mengizinkan merokok. Ini adalah kerana kos yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk menjaga pesakit yang menghidap pelbagai penyakit dan ancaman ekoran aktiviti merokok berlipat kali ganda melebihi hasil kutipan cukai yang dikenakan ke atas tembakau, kalau dibandingkan kerugian ekoran kekurangan produktiviti negara dengan sebab ramai perokok tidak dapat menjalankan tugas lantaran menderita pelbagai penyakit.


Kami memohon ke hadrat Allah Taala agar menyinari hati-hati kami memberi kefahaman yang mendalam kepada kami tentang agama kami, mengajar apa yang boleh memberi faedah kepada kami, memberi faedah dengan sesuatu yang kami telah tahu, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi hampir dengan hamba-hambaNya. Selamat dan salam ke atas penghulu kami Muhammad S.A.W, ahli keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


WALLAHU  A`LAM BISOWAB

sumber http://www.qaradawi.net/

Niat Sembahyang Lima Waktu

•December 30, 2008 • 1 Comment

Assalamualaikum wbt alhamdulillah hirabbiaalamin segala pujian hanya tertentu kepada allah subahanahuwataala yang telah menjadikan kita dan jujungan nabi kita muhammad (saw) yang telah menyelamatkan umat manusia daripada kesesatan. Sebenarnya sudah lama tokayoh tidak menaip nie di sebabkan kesempatan masa tokayoh tidak menentu dan mood tokayoh sendiri.Maaf lah anok cucuku sekelian sebab pelajaran sembahyang kita tertungap beberapa bulan ini .

Pada malam ini kita masuk pada pelajaran yang seterusnya iaitu Niat Sembahyang Lima Waktu,Perkara niat ini mudah sahaja wahai anok cucuku sekalian dimana anokcucu boleh berniat dalam bahasa arab ataupun bahasa kita sendiri atau pun mana2 bahasa semuanya di terima oleh allah sbt,sebaik2nya niat lah dalam bahasa arab. mari tokayoh ajarkan macam mana nak berniat dalam bahasa arab.

ausolli fardal zuhri arba’an rakaaten adaa’an lillah hitaala.

اصلي فرض الظهر اربع ركعا ت اداء لله تعلى

(sahaja aku sembahyang fardu zohor empat rakaat kerana allah sbt)

ausolli fardal asri arba’an rakaaten adaa’an lillah hitaala.

اصلي فرض العصر اربع ركعا ت اداء لله تعلى

(sahaja aku sembahyang fardu asri empat rakaat kerana allah sbt)

ausolli fardal magribi salaasa rakaaten adaa’an lillah hitaala.

اصلي فرض المغرب ثلاث ركعا ت اداء لله تعلى

(sahaja aku sembahyang fardu magrib tiga rakaat kerana allah sbt)

ausolli fardal esyak arba’an rakaaten adaa’an lillah hitaala.

اصلي فرض العشاء اربع ركعا ت اداء لله تعلى

(sahaja aku sembahyang fardu isyak empat rakaat kerana allah sbt)

ausolli fardal subhi  rakaataini adaa’an lillah hitaala.

اصلي فرض الصبح ركعتين اداء لله تعلى

(sahaja aku sembahyang fardu subuh dua rakaat kerana allah sbt)

Sebelum sembahyang orang lelaki sunat azan dan iqamah dan orang perempuan sunat iqamah sahaja,dalam permasalahan niat sembah dimanakah waktu harus berniat ?? dan menuanaikan solat.

insyallah pada hari yang selanjutnya tokayoh akan terangkan dimana waktu yang harus anokcucu ucapkan semasa berniat itu. wallahuallam bi sawab


Rakaat Sembahyang & Mengetahui Masuk Waktu

•July 19, 2008 • Leave a Comment

Assalamualaikum wbt..,

Besambung lagi anokcucu sekalian pada pelajaran yang seterusnya iaitu tentang rakaat sembahyang dan mengetahui masuk waktu2 nya. Dimana anakcucu sekalian telah mengetahui bahawa di fardhukan solat keatas kita ada 5 waktu sebagaimana yang anok cucu telah mempelajari pada pelajaran yang lepas.Wkatu2 tersebut ialah :

Zohor empat rakaat dari pukul 12.45 tenggahari sampai 3.45 petang

Asar empat rakaat dari pukul 4.05 petang sampai 6.30 petang

Magrib 3 rakaat dari pukul 6.40 petang sampai 7.50 malam

Isya empat rakaat dari pukul 8.00 malam sampai 5 pagi

subuh 2 rakaat dari pukul 5.00 pagi sampai 6.15 pagi

Waktu imsak ialah 20 minit sebelum subuh

Perhatian !!! sila lihat waktu solat yang sewaktu denganya

ini adalah waktu solat bagi negeri Kelantan Sahaja :

Tarikh Subuh Zuhur Asar Maghrib Isyak
2008/07/19 5:46 13:20 16:43 19:32 20:42
2008/07/20 5:47 13:20 16:43 19:32 20:42
2008/07/21 5:48 13:20 16:43 19:31 20:42
2008/07/22 5:48 13:20 16:43 19:31 20:41
2008/07/23 5:48 13:20 16:43 19:31 20:41
2008/07/24 5:48 13:20 16:42 19:31 20:41
2008/07/25 5:49 13:20 16:42 19:31 20:41
2008/07/26 5:49 13:20 16:42 19:31 20:41
2008/07/27 5:49 13:20 16:42 19:31 20:40
2008/07/28 5:49 13:20 16:41 19:31 20:39
2008/07/29 5:49 13:20 16:41 19:31 20:39
2008/07/30 5:50 13:20 16:41 19:31 20:40
2008/07/31 5:50 13:20 16:40 19:30 20:39
2008/08/01 5:50 13:20 16:40 19:30 20:39
2008/08/02 5:50 13:20 16:40 19:30 20:39
2008/08/03 5:50 13:20 16:39 19:30 20:39
2008/08/04 5:51 13:20 16:39 19:30 20:38
2008/08/05 5:51 13:20 16:38 19:29 20:38
2008/08/06 5:51 13:20 16:38 19:29 20:38
2008/08/07 5:51 13:19 16:37 19:29 20:37
2008/08/08 5:51 13:19 16:37 19:29 20:37
2008/08/09 5:51 13:19 16:36 19:28 20:36
2008/08/10 5:51 13:19 16:36 19:28 20:36
2008/08/11 5:51 13:19 16:35 19:28 20:36
2008/08/12 5:52 13:19 16:35 19:27 20:35
2008/08/13 5:52 13:18 16:34 19:27 20:35
2008/08/14 5:52 13:18 16:33 19:27 20:34
2008/08/15 5:52 13:18 16:33 19:26 20:34
2008/08/16 5:52 13:18 16:32 19:26 20:33
2008/08/17 5:52 13:18 16:31 19:26 20:33
2008/08/18 5:52 13:18 16:30 19:25 20:32

kita sambug lagi pada pelajaran yang seterusnya ………………,,,

Rukun Wuduk dan Yang Membatalkan Wuduk

•July 14, 2008 • 12 Comments

Isnin 11 Rajab 1429

Allhamdulillah dapat lagi kita sambung pada pelajaran sembahyang, dan pada hari ini tokayoh ingin mengajar pada pelajaran yang seterusnya iaitu rukun wuduk (air sembahyang).Di mana sebelum anokcucu adik kakok sakalian hendak memulakan sembahyang kita haruslah mengambil wuduk terdahulu bagi menyucikan hadas2 kecil sebagaimana tertakluk pada pelajaran sembahyang yang lepas.

Sebagaimana yang anokcucu adik kakok tahu rukun wuduk itu enam perkara

1- Mula2 anokcucu haruslah berniat didalam hati yang berbunyi (sahaja aku megankat hadas kecil kerana allah taala)

2- lalu kita haruslah membasuh muka yakni keseluruh wajah,membasuh muka ini hendaklah dalam keadaan niat .

3- Selepas itu kita membasuh kedua2 belah tangan hingga ke dua2 belah siku ,(atas pada siku sikit)

4- Menyapu sedikit air di kepala (atas dahi)

5- Membasuh kedua2 belah kaki hingga ke buku lali(seluruh permukaan kaki termasuk semua ibu kaki dan anak )

6- Tertib (yang dahulu anokcucu didahulukan yang kemudian anokcucu kemudiankan)

Maka yang sunat ketika mengambil wuduk (air sembahyang) ialah :

1-Berkumur-kumur (mula2 sekali selepas niat)

2-Menbersihkan hidung yakni memasukkan air ke dalam hidung( selepas berkumur)

3- Menbasuh kedua2 belah telinga (selepas menyapuh air di kepala)

4- Menbasuh di atas tekak (selepas menyapuh telinga)

Niat wuduk

نويت رفع الحدث ا لاصغر لله تعا لى

(Nawaitu raf”il hadasil asrha’ril lillahi taala)

Ertinya : sahaja aku mengankat hadas yang kecil kerana allah taala

Sudah berwuduk barulah kerjakan sembahyang , dengan sekali berwuduk boleh lah anokcucu nak mengejakan sembahyang banyak2 kali pun kecuali jika telah terjadi perkara yang membatalkan air sembahyang pada masa itu kenalah mengambil air sembahyang semula.

Perkara2 yang membatalkan wuduk

1- Telah keluar sesuatu dari dubur dan kubul walupun angin

2- Tertidur kecuali jika tidur itu duduk dengan tetap (tidak beralih pungung)

3- Jika telah hilang ingatan disebabkan mabuk,gila,pengsan dan sebagainya

4- Jika telah bersentuh kulit laki2 dengan kulit perempuan yang sudah cukup umur dan yang halal nikah

5- Jika bersentuh tapak tangan atau jari dengan kemalaun atau dubur

anokcucu adik kakok sekalian tokayoh berhenti dulu sapa bab ni dan tokayoh pun tidak cukup rehat doh rini kita sambung lagi di waktu hadapan wslam wbt

SOLAT **Pelajaran Sembahyang**

•July 12, 2008 • Leave a Comment

gambar sekadar hiasan

Pada malam ini tokayoh ingin mengajar anok cucu berkaitan dengan sembahyang:

Sembahyang lima waktu adalah rukun islam yang kedua dan ianya telah diperintahkan oleh allah sbt kepada anokcucu baik umat2 islam wajib mengerjakanya lima kali sehari semalam iaitu : subuh,zohor,asar,maghrib dan isya.

Erti sembahyang ialah Penyembahan,pengabadian diri kita kepada allah berupa perbuatan dan ucapan2 tertentu. Kita umat islam mestilah sentiasa menjalankan perintahnya dengan bersunguh2 hati dengan taat dan dengan tidak terhingga masanya sebagai menbalas kepada tuhan yang menbuat kita iaitu allah swt .

apabila tiba waktu anok cucu ku sekalian hendak mengerjakan sembahyang ikutlah syarat2 berikut :

1- Hendaklah suci angota kita daripada najis dan daripada hadas besar ataupun kecil.

2- Hendaklah sudah masuk waktu serta mengadap arah kiblat (makkah).

3- Hendaklah berpakain bersih dari najis dan benda2 kotor.

4- Hendaklah memakai pakain menutup aurat.

5- Hendaklah suci dan bersih di tempat yang kita hendak sembahyang.

Bersuci itu beerti mengambil air sembahyang ataupun berwuduk, tunaikanlah kewajipan sembahyang lima waktu itu bila telah sampai waktunya .satu hadis berbunyi sa’altu nabi (saw) : ayyul amalu uhibbu ilallah ?? qaala : assolatul ala waktiha. (sohih bukhari) maksud nya :telah di soal nabi muhammad (saw) apa kah amalan yang di sukai oleh allah ??berkata nabi : sembahyang tepat pada waktunya .

jaganlah anokcucu lepaskan masa mengerjakan sembahyang sebelum luput waktunya. Belajarlah mengetahui segala erti -erti kalimah yang kita baca didalam sembahyang supaya sembahyang kita itu menjadi khusyuk dan biar kita dengar dan faham apa yang kita baca atau kita sebut.

Bersambung lagi pada pelajaran yang seterusnya …………………,